Saturday, February 7, 2009

Laporan Terkini Villa Samad





Seperti mana yang telah dipersetujui oleh Pak Lang, Pak mbong, Mak Tam dan ahli KKS, maka En Zul telah menjadi pilihan sebagai kontraktor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek pengubahsuaian Villa Samad.Antara persetujuan yang diperolehi adalah untuk memperbesarkan ruang dapur, pengubahsuaian bilik air, bumbung, diding dan cat. Ini bererti selepas ini akan ada 3 bilik mandi, 3 tandas, ruang dapur yang dilengkapi meja batu dan atap kilang. So apa yang siap setakat ni adalah seperti di dalam gambar. Daun Pintu turut diganti baru dan tingkap dibaik pulih.Perbelanjaan? Setakat ini seperti yang dimaklumkan KKS telah menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM3 ribu sebagai pendahuluan untuk pembelian barang. Kemudian diminta lagi RM4 ribu untuk peringkat keduanya. So bermakna sebanyak RM7 ribu telah dibelanjakan.Apa hasilnya? Apa yang nampak dinding dicat minyak, atap dapur ditukar, dinding kayu menjadi batu, tandas ditambah lagi satu dan bilik mandi 3 buah.Selain itu meja batu ditambah dan pintu tingkap dibaik pulih. Persoalannya adakah ini sama seperti mana yang dibincangkan dan dipersetujui? Adakah betul anggaran kos semuanya cukup RM13 ribu? Akhirnya wujud tanda tanya dan kesangsian dalam diri.Macamana kisah seterusnya... adakah berhasil misi kali ni?... jom terjah.. he..he..he..siasat....

9 comments:

Anonymous said...

hai nak siasat rm13 ribu tu ke? tu...kena lantik CIA le...

tok lang fikir tak payah siasat...dulu tukang pertama bagi sebut harga 18,000.00 untuk buat tandas aje..belum masuk yang didepan tu..tak caya tanya lah mak tam...

tapi kalau nak murah boleh le kita guna 4 orang arkitek kita yang ada dalam KKS ini. Tau ke mereka tuu..pak ndak boleh jadi kontraktor nya.

Rumah ini tak termasuk cat ke..jadi kenalah gotong royong..dan kenalah lantik tukang cat.....bubuh warna garang dan ceria untuk tandas-tandas tu...fuu uuu...

Anonymous said...

bukan apa takut nanti lain yang kita nak buat lain lak yang jadi.

ok la cadangan tu. setuju... bila yek?

Pndak bawa la anak pokok lada sekali yek

tq ;p

Anonymous said...

Tok Lang..
kater byk story dan gambar toklang nak post..mane jer...

Anonymous said...

farhanajuadanial...
gambar memang banyak..tapi tak pandai lagi nak masukkan disini...belum belajar lagi...nanti bila tok lang dah pandai tok lang masuk le gambar2.

ha..satu lagi...siapa pandai buat carta keluarga...boleh le buat susur galur family...yang belajar IT tu tunjuklah kecekapan anda..nanti KKS boleh bagi hadiah..kalau setuju apa salahnya..tapi kena update maklumat dari masa ke semasa...bye

wani said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam. Bila agaknya kita nak buat gotong royong mengecat rumah?
Betul kata Pak Lang, kalau nak cat biar warna yang garang sikit.
Tak payah lantik tukang cat, bagi Achik Adi 2 hari insyallah sumenya bolih siap.Sekurang-kurangnya pengalaman mengecat atas kapal dulu taklah sia-sia....hehe.
SMS aje kalau dah ada date utk gotong royong...

Anonymous said...

k..tok lang n family suma...minta wakil sorang dari setiap family bg nama penuh ahli kuarga memasing n emel to rieyna76@yahoo.com...

nak try wak salasilah family...

tok lang...dari atuk samad...sebelum2 tu x tau lah...yg tau awang je ler

~a'an-najwa-dani~

Anonymous said...

Opppss..lupa plakss....ngan tarikh lahir skli no...

Anonymous said...

tok lang...hmmm klu ade msa boleh je nak wat carta family tue..tapi wat msa skrg nie agak bz la...bnyak projek...huhu...final projek lagi..ble ade kesempatan nnti ade la carta tue...huhu...mgkin ade insan2 lain yang lebih berkelapangan utk wat carta tue boleh la buat hehe.....orng bukan IT pun mgkin ade yang nak cuba...hehe