Monday, January 26, 2009

Apa akan jadi pada Villa Samad
























Baru-baru ni telah pulang lah ahli-ahli KKS ke Villa Samad dengan bertujuan untuk berkumpul bersama-sama @ together-gheter. So bermesyuarat ahli KKS walaupun tidak semua untuk memulih dan menceriakan villa samad walaupun masih ceria. Persoalannya apa akan terjadi pada Villa? Mari kita tengok sama. So setelah selesai bermesyuarat ahlinya bersetuju lah ahli-ahli untuk menambah yuran bulanan dari RM5 kepada RM10 bagi menampung perbelanjaan baikpulih villa ini. Bermula Januari 2009 hinggalah tarikh yang dimaklumkan kelak. So kepada ahli-ahli yang tak tahu semoga dapat ambil tahu ha..ha..ha..

Friday, January 23, 2009

Tahniah dan Syabas untuk P Long & M Long


Kira-kira pada jam 2 petang pada hari Khamis 23hb baru ni, telah sampai la P Long n M Long ke Cheroh. Agak terperanjat dan terharu apabila keluarga P Tam yang berada di Cheroh menyambut ketibaan mereka. Mereka lah antara yang terawal yang menyahut cadangan KKS untuk mengadakan gotong-royong dan pulan ke Villa Samad. Syabass!! Kenapa? tak percaya ke dari utara tu jauhnya naik wira je. So yang dekat ni takkan tak balik pulak...


So hari cuti ni diharapkan ahli KKS semua dapat berkumpul bagi menjayakan program ini. leh la kita wat mesyuarat kali pertama untu 2009 ni. Dengan cite macam banyak je aktiviti. ape yek? Tapi minit mesyuarat yang lepas mana? setiausaha pun tak dapat? sape pencatat ni. Presiden, tindakan!!!!... he he he


apa pun jom la balik kampung

Sunday, January 11, 2009

Maklumat terbaru Untuk Ahli KKS




Pada cuti tahun baru ini, familyday ditangguhkan so ditukarkan kepada aktiviti gotong-royong. So sape2 yang setuju balik lah ke kampung. Mungkin kita leh buat acara BBQ, berkelah ke, ke Pulau Cekas , lata lembik atau apa2 lagi. Leh kumpul ramai2 kita baca yaasin dan doa selamat. Mai la balik. Familyday kita wat pada cuti maulidurrasul bulan tiga. insyaallah....

Tuesday, January 6, 2009

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.. "tidak"Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku."

Kemudian Jibrail a.s. berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud:"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud :"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu : Allah s.w.t telah menyembunyikan redha-nya dalam taat. Allah s.w.t telah menyembunyikan murka-nya di dalam maksiat. Allah s.w.t telah menyembunyikan nama-nya yang maha agung di dalam al-quran. Allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan. Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). Allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
6 PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Maksud ayat 185, Surah Ali Imran).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Maksud ayat 179, Surah Al A'Raf). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Maksud ayat 72, Surah Al Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan "solat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara "meeting" kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."

Marilah kita semua perhati dan hayati perkara-perkara di atas....insyaallah....

Sunday, January 4, 2009

Bayaran Duit KKS (Villa Samad)


Seperti yang semua ahli dah maklum bahawa setiap ahli KKS perlu mebayar yuran seperti yang telah ditetapkan. Mak Tam cakap masih terdapat ahli yang masih belum melangsaikan bayarannya hingga ke hari ini so ingat-ingat la sebab akaun tahun 2008 mau ditutup. akaun baru 2009 akan dibuka so ahli-ahli 2009 tak perlu la lagi nak tunggu2 kalu ada duit bayar je pada Mak Tam. So tak lah terasa banyak sangat.

Saturday, January 3, 2009

panduan nk masuk kn cite dalam blog ni..

erm, camne ekh nak cite... pikir jap.. ok2...

1. sign in dulu blog...
2. then, klik kt tambah catatan...
3. kat ruangan buat, tmbah la ape cite pun... n kalo nak msukkan gambar skali klik pada icon gambr.. then, leh la letak gmbar nye...
4. pastu, kalo dah siap catatan klik kt prat0nton kalo nk teng0k hasil keje yg dh siap wat tuh...
5. then, klik terbitkn catatan.. so dah terpos la cite yg nak diposkan tuh...
6. rase- rase kalo x puas ati dgn hasil keje yg dah wat leh lah klik kat edit catatan tok mengedit mana yang patut...
7. pastu kalo dh siap edit klik blik kt terbitkan catatan...
8. then, selesai, huhu..

erm, camne ok x tok lang??? ... boleh ikut x?, huhu...

baby of the year tok taun 2008...

tok taun 2008, femli kite telah menambah bil. ahli dgn kelahiran 3 orang baby, hehe... femli kite dapat 2 hero n 1 heroin kali ini... bagi ahli KKS yang masih blur-blur dgn baby baru ni sile2 la bace yek n tgk2... nanti jupe dorg x kenal lak nanti, huhu...
ok da 1st baby that i'm going to cite is baby alif firdaus @ alif, iaitu anak kepada acik noni n acik adi... dilahirkn di hospital pusrawi, key ell... time lahir die nye berat leh tahan la, 3.4 kg cmtu la.. bsr x bsr x? bsr kn, huhu... dilahirkn pada 4 jun 08 ari rabu... so, skang ni baby alif dh nk msuk 6 bulan dh..


erm, yang belah kanan ni lak anak kepada along elly n abg zailan.. diberi name Nur Kiasatina Azyana.. baby girl ni dilahirkan di raub, pahang pada 21 ogos 08 ari kamis... hm, berat nye kume x tau la bpe... sowi ye along elly, hehe... erm, can call her azyana k...skang ni azyana udh besar sikit, dh nk msuk 5 bulan umo nye...


n lastly, adalah anak kepada k.ngah rina n abg han, iaitu baby Wan Muhammad Danial a.k.a Dani @ danial... tok khalil die panggil Dani je, huhu... erm, berat time mula2 lahir ni 3.7 kg, lagi besar dari ank acik, huhu... besar besar... time die lahir lak adalah pagi kol 5.25 am pada 23 okt 08 ari kamis.. skang ni umo nye kire-kire 2 bln lebih la, besar dah n sihat blaka, huhu...

Friday, January 2, 2009

Laporan Terbaru Biro Rekreasi

Untuk makluman semua ahli mengenai aktiviti terbaru pada 2009 ini ialah untuk mengadakan family day dan kutu keluarga. Apa-apa pun aku story pasai kutu dulu. Untuk kali ini kita ada 30 orang peserta dan bermula pada Januari 2009 habis pada Mac 2010. Lama tak? pejam celik dah abis. Setiap peserta diwajibkan membayar RM100 sebulan dan pada setiap bulan ada dua cabutan (dua peserta dapat). Untuk bulan Jan Zafni dan Sara, bulan Feb Huda dan Acik, bulan Mac Shima dan Rina, bulan April Wani dan Alyani, bulan Mei Diana dan M Ndak, bulan Jun M Long dan Izzah, bulan Julai P Mbong & Najwa, bulan Ogos Elly & Fizal, bulan Sept Yusri & Sufian, bulan Okt M Ngah & P Lang, bulan Nov Asya & M Tam, bulan Dis Emy & Amira, bulan Jan 10 P Tam & Fara, bulan Feb 10 Zailan & Zayan, bulan Mac 10 Azyana & Faezah. Wow ramai tak? Agak2 lumayan tak? Lumayan masa dapat duit nak membayarnya ... nangis.
Tentang family day 2009 cadangnya nak buat di Sg Klah tapi setelah dihubungi maka jawapan nya fully booked. Penuh la tu. So cadangan seterusnya ke Tiara Beach di PD tapi jawapannya sama gak full. Menurut cadangan nya mmg nak wat pada cuti tahun baru cina ni tapi penuh ni?? Ada tak cadangan lain?? Cepat bagi cadangan kalu lambat tak leh nak urus nanti so terpaksa family day di Sempam Resort atau di Cheroh resort ha ha ha.... Oh ya! pasal gotong-royong di Villa Samad bila nak wat yek? tertangguh? come on wake up....

Keluarga Pak Tam tambah lagi seorang


Pada bulan Ogos 2008 yang lepas Elly ( anak Pak Tam ) selamat melahirkan seorang baby cute yang diberi nama Nurkiasatina Azyana . Dengan kelahiran ini , maka bertambahlah lagi ahli keluarga Pak Tam so secara tak langsung bertambah ahli Kelab KKS.
Selain itu ada lagi yang bertambah iaitu Acik Noni juga selamat melahirkan Mohd Alif Firdaus pada bulan Jun yang lepas. Dan paling terbaru pada bulan oktober Rina ( anak Pak Ngah ) juga selamat melahirkan Wan Mohd Daniel. So ini bermakna pada 2008 ini seramai 3 orang ahli baru telah bertambah. Ini dikira pelapis la ... Semoga tahun 2009 lagi ada lagi la ahli kelab yang baru. Welcome to club.....