Monday, February 16, 2009

happy birthday to you....



gambar video terpaksa ditarik balik kerna takut ditangkap polis. he..he..he.... sesiapa yang dah lepas besday hepi belated day.. siapa yang coming soon hepi besday...hi..hi..hi.. To Achik Noni Happy Birthday To You......

Saturday, February 7, 2009

Laporan Terkini Villa Samad





Seperti mana yang telah dipersetujui oleh Pak Lang, Pak mbong, Mak Tam dan ahli KKS, maka En Zul telah menjadi pilihan sebagai kontraktor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek pengubahsuaian Villa Samad.Antara persetujuan yang diperolehi adalah untuk memperbesarkan ruang dapur, pengubahsuaian bilik air, bumbung, diding dan cat. Ini bererti selepas ini akan ada 3 bilik mandi, 3 tandas, ruang dapur yang dilengkapi meja batu dan atap kilang. So apa yang siap setakat ni adalah seperti di dalam gambar. Daun Pintu turut diganti baru dan tingkap dibaik pulih.Perbelanjaan? Setakat ini seperti yang dimaklumkan KKS telah menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM3 ribu sebagai pendahuluan untuk pembelian barang. Kemudian diminta lagi RM4 ribu untuk peringkat keduanya. So bermakna sebanyak RM7 ribu telah dibelanjakan.Apa hasilnya? Apa yang nampak dinding dicat minyak, atap dapur ditukar, dinding kayu menjadi batu, tandas ditambah lagi satu dan bilik mandi 3 buah.Selain itu meja batu ditambah dan pintu tingkap dibaik pulih. Persoalannya adakah ini sama seperti mana yang dibincangkan dan dipersetujui? Adakah betul anggaran kos semuanya cukup RM13 ribu? Akhirnya wujud tanda tanya dan kesangsian dalam diri.Macamana kisah seterusnya... adakah berhasil misi kali ni?... jom terjah.. he..he..he..siasat....

Tuesday, February 3, 2009

pembetulan tok mengomment, huhu...




kalo nk komen korang appear korang nye nama... dkt choose identity t korg pilih Name/URL... kt situ korg leh la tarok nme korg... URL optional, xyah usik pape kt situ k... then, korg publish je comment korg tuh... senang kn? kn? kn?... semoga korg sume paham la yek... sekian...


Nak Lepaskan Rindu Pada Villa?











Setelah berbincang dan bertikam lidah maka tercapai satu hasrat ala2 permintaan untuk mengubahsuai dan pembaharuan sedikt di bahagian dapur dan bilik air. Disebabkan ketidak selesaan di bilik kecik dan perebutan bilik air maka amat wajarlah pembaharuan dibuat. Kalau hendak dibuat semua memanglah tak mampu tapi sikit2 tu leh la kot. So kira-kira beribu jugalah modalnya... duit sapa? duit hangpa lah. Sekarang ni sedang sibuk lagi lah pekerja2 untuk menyiapkan seperti mana yang dihajatkan. 3 bilik mandi 3 bilik air @ jamban dan meja batu. Batu? bukan batu belah.. air batu? jambu batu? pe2 je la. Tengok la gambar paham ler.



Kalau terkabullah permintaan yang dihajatkan maka kerugian besarlah pada mereka yang jarang2 kadang2 atau tidak pulang ke kampung. Yang balik pun belum tau untungnya..he.he..he..



Namun apa yang penting sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih amat wajarlah kita pulang ke kampung. Jangan sia2 kan masa kita hanya untuk hiburan di dunia semata2 akhirat jangan lah lupa... btul tak ustaz? Yang penting bertanya khabar bersua muka tak kira lah di mana. Peringatan pada yang lupa renungan pada yang nampak.... insyallah