Pejam celik pejam celik dah sampai bulan MAC. So kepada mereka yang berkenaan terasalah amat istimewa sebab BERTAMBAH lah umur mereka setahun lagi. Kalau dulu kecik sekarang dah besar, kalu dulu kanak2 sekarang dah dewasa, kalu dulu solo sekarang dah berpunya... ape2 je la...
So Happy Birthday To You All... 3 Mac to Zafny, 7 Mac to Nordin, 12 Mac to Elly, 25 Mac to Linda and 26 Mac to Asha. Semoga panjang umur murah rezeki. Kalu wat kek simpan la ckit tuk kite... he..he..
Apa 2 pun jangan lupa pada bulan ini juga bersamaan bulan Rabiul Awal. Seharusnya kita mengingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Salam Mulidurrasul 1430H Menjana Ummah Gemilang...
Sunday, March 1, 2009
Monday, February 16, 2009
happy birthday to you....
Saturday, February 7, 2009
Laporan Terkini Villa Samad
Seperti mana yang telah dipersetujui oleh Pak Lang, Pak mbong, Mak Tam dan ahli KKS, maka En Zul telah menjadi pilihan sebagai kontraktor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan projek pengubahsuaian Villa Samad.Antara persetujuan yang diperolehi adalah untuk memperbesarkan ruang dapur, pengubahsuaian bilik air, bumbung, diding dan cat. Ini bererti selepas ini akan ada 3 bilik mandi, 3 tandas, ruang dapur yang dilengkapi meja batu dan atap kilang. So apa yang siap setakat ni adalah seperti di dalam gambar. Daun Pintu turut diganti baru dan tingkap dibaik pulih.Perbelanjaan? Setakat ini seperti yang dimaklumkan KKS telah menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM3 ribu sebagai pendahuluan untuk pembelian barang. Kemudian diminta lagi RM4 ribu untuk peringkat keduanya. So bermakna sebanyak RM7 ribu telah dibelanjakan.Apa hasilnya? Apa yang nampak dinding dicat minyak, atap dapur ditukar, dinding kayu menjadi batu, tandas ditambah lagi satu dan bilik mandi 3 buah.Selain itu meja batu ditambah dan pintu tingkap dibaik pulih. Persoalannya adakah ini sama seperti mana yang dibincangkan dan dipersetujui? Adakah betul anggaran kos semuanya cukup RM13 ribu? Akhirnya wujud tanda tanya dan kesangsian dalam diri.Macamana kisah seterusnya... adakah berhasil misi kali ni?... jom terjah.. he..he..he..siasat....
Tuesday, February 3, 2009
Nak Lepaskan Rindu Pada Villa?
Setelah berbincang dan bertikam lidah maka tercapai satu hasrat ala2 permintaan untuk mengubahsuai dan pembaharuan sedikt di bahagian dapur dan bilik air. Disebabkan ketidak selesaan di bilik kecik dan perebutan bilik air maka amat wajarlah pembaharuan dibuat. Kalau hendak dibuat semua memanglah tak mampu tapi sikit2 tu leh la kot. So kira-kira beribu jugalah modalnya... duit sapa? duit hangpa lah. Sekarang ni sedang sibuk lagi lah pekerja2 untuk menyiapkan seperti mana yang dihajatkan. 3 bilik mandi 3 bilik air @ jamban dan meja batu. Batu? bukan batu belah.. air batu? jambu batu? pe2 je la. Tengok la gambar paham ler.
Kalau terkabullah permintaan yang dihajatkan maka kerugian besarlah pada mereka yang jarang2 kadang2 atau tidak pulang ke kampung. Yang balik pun belum tau untungnya..he.he..he..
Namun apa yang penting sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih amat wajarlah kita pulang ke kampung. Jangan sia2 kan masa kita hanya untuk hiburan di dunia semata2 akhirat jangan lah lupa... btul tak ustaz? Yang penting bertanya khabar bersua muka tak kira lah di mana. Peringatan pada yang lupa renungan pada yang nampak.... insyallah
Monday, January 26, 2009
Apa akan jadi pada Villa Samad
Baru-baru ni telah pulang lah ahli-ahli KKS ke Villa Samad dengan bertujuan untuk berkumpul bersama-sama @ together-gheter. So bermesyuarat ahli KKS walaupun tidak semua untuk memulih dan menceriakan villa samad walaupun masih ceria. Persoalannya apa akan terjadi pada Villa? Mari kita tengok sama. So setelah selesai bermesyuarat ahlinya bersetuju lah ahli-ahli untuk menambah yuran bulanan dari RM5 kepada RM10 bagi menampung perbelanjaan baikpulih villa ini. Bermula Januari 2009 hinggalah tarikh yang dimaklumkan kelak. So kepada ahli-ahli yang tak tahu semoga dapat ambil tahu ha..ha..ha..
Friday, January 23, 2009
Tahniah dan Syabas untuk P Long & M Long
Kira-kira pada jam 2 petang pada hari Khamis 23hb baru ni, telah sampai la P Long n M Long ke Cheroh. Agak terperanjat dan terharu apabila keluarga P Tam yang berada di Cheroh menyambut ketibaan mereka. Mereka lah antara yang terawal yang menyahut cadangan KKS untuk mengadakan gotong-royong dan pulan ke Villa Samad. Syabass!! Kenapa? tak percaya ke dari utara tu jauhnya naik wira je. So yang dekat ni takkan tak balik pulak...
So hari cuti ni diharapkan ahli KKS semua dapat berkumpul bagi menjayakan program ini. leh la kita wat mesyuarat kali pertama untu 2009 ni. Dengan cite macam banyak je aktiviti. ape yek? Tapi minit mesyuarat yang lepas mana? setiausaha pun tak dapat? sape pencatat ni. Presiden, tindakan!!!!... he he he
apa pun jom la balik kampung
Subscribe to:
Posts (Atom)