Thursday, August 20, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud... mengadu...merintih...meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...
suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir
buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia...
meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KULAKUKAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

Ramadhan Kembali Lagi!!

Puasa ialah salah satu ibadat tertua dalam sejarah kehidupan manusia. Amalan ini telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu sebelum Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi rasul. Dalam ajaran Yahudi dan Nasrani, puasa adalah satu amalan yang wajib dilaksanakan. Orang-orang arab pada zaman jahiliah juga telah menetapkan hari-hari tertentu seperti hari Asyura dan lain-lain untuk mereka berpuasa. Begitulah juga dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini mengamalkan puasa dengan cara dan tujuan yang tersendiri.

Dalam syariat Islam, puasa mempunyai tujuan dan hikmah yang sangat besar. Ia boleh meningkatkan taqwa orang-orang mukmin terhadap Allah S.W.T. Ibadat ini mula disyariatkan sebagai satu kefardhuan bagi umat Islam ialah pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dan menjadi salah satu daripada Rukun Islam. Firman Allah S.W.T. seperti yang termaktub dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 183.

“Wahai orang-orang yang beriman.! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana di-wajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

Islam itu dibina di atas lima perkara (rukun), iaitu mengucap syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesurah Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.
(Hadis sahih, riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua warga KKS..agar tahun ini kita sama-sama mendapat keberkatan dari Nya...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Sunday, August 16, 2009

Tahniah Konvokesyen UKM ke-37


Tahniah lah kepada Linda anak En Khalil dan Puan Jaliah....16 Ogos yang lalu, dia nyer konvo...Tahniah dan selamat berkonvo...gambar nanti soh dia upload k....

Tuesday, August 11, 2009

tahniah

tahniah wat along... sory x dapat dtg.. ngeee~ awak cantik lah!

Wednesday, August 5, 2009

Ceritaku

wahai rakan2 KKS yg dihormati nih ade ckit photo sempam dn yg sepatutnya..peh xjupe la rase durian kampung camnih..puas cari kat sempam jgk best..environment yg tak tahan tuhh.. pehhh.. muahks..TQ kpd Atuk Samad dn juga ank2nya yg b'usaha menguruskan dusun ni untuk anak,cucu,cicit dn insyaAllah keturunannya.. ni yg buleh di kongsi bersama..kepada sesiapa yg lama dh xpegi sempam rugi la..seronot ooooo...dlu kita rajin berkelah kat sempam.. ramai2..mandi2..mkn2 durian..bakar2..bla lagi nk wat nih..aduhssss..lu PK la sendiri..haha lagi satu damai villa bla leh cat.. nk nippon?jotun?ICI?Dulux weather shield? yg tahan lama kit hok mane??

Nothing just do it..


hahaha akhirnya dpt juga gua tahu password..tq kpd sesiapa bkenaan.. let's check it out what next..ha see.. and everybody can see the pic beside.. kenal tak antik clock nih.. punya lama terbiar gua pn amik la..dh repair and paid certain amount to make its work..skrg gua jaga..(tak leh tuntut)hahahaha..I don't knw how old it is..mybe somebody from us know better about that..anyway it very interesting to have it..